Arini hari jumaat..besok pula hari sabtu, hidup kite mesti la taat, baru la ibadat jadi bermutu hehe...pantun plak ek pagi-pagi..acara hari jumaat macam ni la..biasanya ada meeting or seminar, hari ni memang ada seminar kat isdev tu tapi papa-mea ada 2 artikel yang perlu disiapkan tak selesai-selesai lagi huhu...so, malas la nak pi sana, sebab kalau pi mesti sampai nak solat jumaat baru selesai.
Arini plak ada dua jemputan jamuan tengahari; satu, yg dianjurkan oleh studen Brunei yang dah habis belajar kat sini...ekceli ada 3-5 orang studen Brunei yg papa-mea ajar semester ni, dan kesemuanya senior la..dalam 40-50 years old...baru buat degree, depa ni buat kat Brunei sebenarnya cuma plus setahun (2+1) buat kat Malaysia under "program pertukaran unit" dan mereka dpt ijazah seperti biasa...best kan stail Brunei punye..duanya; jamuan yg dianjurkan oleh staf agama sikh di pusat pengajian ini sempena perayaan vasakhi mereka..biasanya depa ni kumpul duit dan tempah katering drp "mama", seorang mak cik yg masak best wooo...tapi harga pun 'best' hehe...rejeki la nooo...mungkin timbul persoalan, boleh ke makan jamuan yg mereka adakan? makan ajer la noo...anggap la depa nak belanja, bukan kite yang nak sambut raya tu, kite nak makan ajer..so tak yah la fikir susah-susah...
petang ni plak ada mesyuarat untuk persediaan ke Bandung/Jakarta pada isnin malam minggu depan...ia adalah lawatan antarabngsa yg dianjurkan oleh Desasiswa Aman Damai dgn kos RM800/- per pelajar, 4 orang pengurusan f.o.c termasuk la papa-mea. Peserta adalah dalam 35 orang, cuma peliknye dalam lawatan ini ialah pelajar yang ikut hanya 10 orang sahaja dan yang selebihnya adalah staf hehe...pelajar ramai takde duit dan ramai staf nak tumpang (bayar sama) ikut our team..so, petang ni nak decide, pukul berapa nak berkumpul, dan naik bas dari usm ke bayan lepas sebab fly dari penang..guna airasia jer..then, nak agih t'shirt lawatan utk dipakai semua peserta (macam set boria gitu), biar seragam..kalau hilang mudah cari..nak tentukan tali penanda beg untuk senang kumpulkan beg semasa nak tuntut bagasi nanti, dan excetras peraturan2 yang should be underlined from time to time...apa pun, semoga perjalanan kali ni selamat pergi dan balik! Secara psikologi, mea nampaknya sudah bersedia untuk perjalanan jauh sekali lagi...hope she always fit for travel abroads...bon jovi! [meeting postpone to 27 April, 8.30 pm]
No comments:
Post a Comment