bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Sunday, April 13, 2008

Perjalanan jauh tak kurasa...

semalam mea selamat sampai ke usm setelah 6 hari menempuh perjalanan jauh tak dirasa, sebab mea tidur jer dalam kete hehe...mea ke KL follow papa buat research, collect data kat law library um...usm takde law library, course law pun takde huhu...tak patut-tak patut!

we bertolak pagi isnin dari usm, terus nonong ke um..check-in kat rumah universiti for two nite, so easier la kat papa ke library pagi dan petang, sambil hantar makan ke mea dan ibu pada waktu-waktu yg sepatutnya...duk kat rumah universiti ni macam mengalami tempoh berkurung la bagi mea dan ibu huhu...lepak dalam bilik jer sambil nonton tv..makan, tidur huhuhu...papa plak ralit dgn keje dia di luar huhu..sebelah petang papa bawa round um, area pantai dalam dan kwas sekitarnye, iyer la papa duk lama belajar kat sini, almost 10 years!

pas dua hari bertapa sini, we all check-in kat legend plak sebab papa ada tugas besar kat pwtc...bagaimanapun, papa bukan la menghadiri mesyuarat agung umno, apatah lagi nak say yes to Pak Lah, papa ada tugas yang lebih penting daripada itu..iaitu ke 'pesta buku antarabangsa' hehe...kat sini mea jupe kawan lama papa yg sudah tersohor seantero malaysia iaitu faizal tehrani! glamer ko leni ekk...wow, ramai nau orang kat sini..nak berjalan pun susah, budak taska pun ada datang berbondong-bondong utk beli buku...hai, pandai ke beli...khususnya yg usia 4-5 tahun tu...macam tak caya jer..

after mission kat sini accomplished, we move forward ke Mutiara Damansara, kunjungi gedung kesukaan ibu mea iaitu IKEA huhu...nasib baik mea dapat troli baby yg cun kat sini so tak ngamuk la...then, alang-alang dah sampai sini, masa plak dah nak kul 6.00 pm, so mea kena cari tempat nak nonton 'Bella' sambil ketemu sepupu mea 'danial' yg sebaya umur kami...so the best place is kediaman ayah ngah mie kat area sini hehe...mea pun dapat la mandi sikit sejukkan badan ahaks! untuk bermalam, ibu dah tempat umah ayah su joe..actually mea ramai 'keluarga' kat sini tapi tak nak la ganggu ramai sangat hehe...maybe rumah yg terlepas tu harap maafkan ekk hehe..sebab tu papa kalau leh nak duk rumah yg boleh claim jer hehe, easier and not to burden others..nak guling-guling pun senang hehe..

esoknyer, mea gi hospital pusrawi sebab mak cik yah bersalin, dapat lagi baby baru nama 'amir ridhwan'..dulu abgnya nama 'amar ikhwan'...nanti yg ke-3 jadi nama apa lak ekk hehe...sian mcik yah kena duk lama kat dalam wad sebab ada darah beku kat dalam di samping ada tisu reput huhu...kena operation plak pas deliver tu, terima la 4 pain darah luar..semalam ramai datang tengok mcik yah, termasuk keluarga mertuanya dari kuantan, mcik mala pun datang dari marang, walaupun terpaksa naik bas dgn 2 anaknya...mcik nor dari port dickson pun gi...mea dari penang sapa dulu skali hehe...takpe la, berkhidmat utk adik-2 hehe, ini la nasib orang yg dah takde mak ayah ni...gilir-gilir tolong-menolong, mungkin ni bukan giliran kite, mana tahu nanti giliran kita pula, apa pun minta dijauhkan...

baru sat tadi mea pi hantar mcik sa ke KL utk jadi pengasuh-pembantu mcik yah, iyer la..esok mcik mala dah nak balik ganu, mcik nor pun mari-balik hari, iyer la..seme ada keje, so mcik sa yg memang dah berhenti keje kat king's confectionary ni memang sedia ditempah utk berkhidmat...semoga jadi pengasuh yg baik, syabas mea ucapkan hehehe...now mea going on the buai hahaha...tidoq la plak, petang ni nak gi tesco cari cheese..ganti yg tertinggal kat umah ayah su joe (nestum pun tertinggal huhu..)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin