bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Tuesday, April 1, 2008

Mea terime tetamu...

Pagi ni mea terima tetamu dari kg lama papa, anak Badrul Yolong-Tip (Yolong-Tip baru meninggal minggu lepas)..budak ni ada interview kat Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan USM esok untuk kursus interior design..so mai awal sebab ayahnya takut kalut besoknya..inilah bergunanya papa-mea bekerja di rantau orang ni, ialah mana-mana orang kampung, waris-waroh yang tiada tempat nak tuju, maka papa-mea boleh la menghulurkan khidmatnya...terima tetamu ni bagus, murah rezeki kata orang...bukan setakat orang kata sebenarnya, Rasul pun sabda...

so plannya, depa tidur ajer la kat rumah tu sebab maybe semalaman atas bas, mesti tak lena tidur..tahu sangat pengalaman naik bas ekpress malam ni..tidur-tidur ayam jer kat atas bas tuh, ada brek sikit mesti terjaga, maklum la driver bas kekadang memang bahaya..asyik nembor ajer nak buwi cepat sampai..penumpang duk belakang debor nyuk-nyak nyuk-nyak kecut perut huhu...ermmm...pagi-pagi beleber doh hehe, arini papa-mea plan nak habiskan marking assignment student yg menjangkau puluhan kat atas meja ni huhuhu...susah-susah pakai timbang kilo, sekilo dapat A, kurang sekilo dapat B, APRIL FOOL kononnya huhaaaa....parok kalu main lagu tu, tapi papa-mea marking elok, ni pasai dosa dan pahala beb, amanah mesti dilaksanakan dengan adil...nanti kena soal kat raqib atib, sape nak jawab...tau takpe!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin