bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Tuesday, November 4, 2008

DarWisy baLik UMah...


Sedap darwisy tido..arini darwisy dah dibenarkan balik dengan bacaan jaundice 225..papa rasa macam tinggi jer lagi, kan naik plak sure dah tak pergi masuk semula dah nanti..now darwisy diberi minum air anggur hijau plak utk mggalakkan berak supaya kesan kuning keluar melalui najisnya..mengikut doktor, budak jaundice ni memang kuat tidur sebab badannya lemah, kesannya kalau dibiarkan boleh jadi pasif dan sawan, na'uzubilLah laa..harap agar darwisy berterusan baik dan positif perkembangannya selepas ni, nanti leh main bola dengan kak mea..cepat darwisy membesar, kuat dan sihat!


kat rumah darwisy tidur dalam kelambu seperti baby lain la..cuma masalahnya dan yang kena jaga-jaga ialah kak mea suka kat kelambu ni..pernah satu malam tu mea curi kelambu darwisy yang sedang tidur nyenyak..sedar-sedar mea bawa keluar dari bilik..hai, macam mana la mea tarik masa tu, kut terkena adik bahagian hujung tu...dah la semua orang tak sedar masa tuh, itu la anak pompuan papa, ganazz!


masa ni mea bawa diri sebab semua orang bagi tumpuan kat adik darwisy jer, sian plak mea hehehe...main kat pokok-pokok herba tokwan dan tokki sorang-sorang...jangan nanti besar-besar suka lepak kat taman bunga dah laa...kalau ada hobi menanam pokok tu bagus la..


mea sedang camek (sentuh situ sini)dalam kereta kak long hidayah..biasa la mea ni kalau biar duk kat stereng..kalau duk atas riba papa tu, semua benda dia nak sentuh dan tekan..kejap main wiper, kejap signal, kejap masuk gear, tarik hand brake dan macam-macam lagi...rasanya anak papa ni akan cepat dapat lesen kelas D laa kalau lagu ni...hehe

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin