bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Wednesday, November 19, 2008

tRaVEl aNd tRaVEl

Lama gak tak menulis sesuatu kat sini..arini nak tulis pasal perjalanan yang banyak dibuat oleh papa dalam tiga minggu ke belakangan ini sama ada by car, car-key (kaki), bus or flite hehe..sama ada atas urusan rasmi atau personal..semuanya kena bergerak hehe, hatta berjalan kaki pun melibatkan pergerakan..bila sebut berjalan ni, mea pun pantas berjalan dan berlari juga hingga seringkali terbabas cuma darwisy jer yang belum pandai berjalan..sabaq dulu noo!


paling canggih arini kalau nak berjalan ialah naik flite la..sekejap jer tapi sebenarnya banyak karenahnya, tak boleh pi airport and terus beratur nak naik flite gitu-gitu ajer macam naik bas..kena check-in dulu..scan bag..pastu boarding..pastu check lagi boarding pas dan i/c before masuk pesawat..leceh yang amat..kalau nak pergi jauh kena check badan sekali lagi macam papa nak gi London aritu (takut bawa kerambit kut hu3)...and certain negara walaupun mundur yang amat, kena pastikan kita ada visa, macam papa nak gi india aritu..tanpa visa tak leh masuk india..haaa jangan nak main-main even though tiket beribu-ribu dah dibeli dan beg pakaian dalam 20 kg dah dibimbit hehe...bestnya, dapat makan laa..now dengarnya dalam firefly pun dah ada minum cam naik mas ke klia, okay la dapat kunyah kacang sambil minum jus, baca majalah goingplaces plak!

koman sikit naik bas laa...tapi sebenarnya naik keretapi, huu akloh..lama doh papa dok naik keretapi, al-maklum la kat Terengganu keretapi guna wat angkut minyak jer dari kerteh ke pelabuhan kuantan hu3...pernah papa naik keretapi kl-j.bharu dan kl-butterworth..ermm lama dah tak naik, aghh semula la citer pasal keretapi ni..naik bas tak payah scan-scan beg ni, lagi simple..mengada la syarikat bas kalau nak menye-can bag yang nak dibawa naik hehe...sekarang ni ada bas 2 tingkat, rasanya stiap laluan utara-selatan, timur-selatan dan ada..cuma timur-barat lum ada...tunggu lagi la tuh gamaknya, bas yang papa naik tiga minggu ke belakangan ni pun dah uzur, sesekali risau gak tapi itulah bas yang sanggup lalu laluan ni, nak buat camner starang..nak best naik kapal, macam kat bawah ni..he3 leh main golf lagi..nak tanam gandum pun boleh..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin