Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Monday, November 3, 2008
JaunDice
Darwisy diletakkan di bawah lampu biru kerana 'kuning'...sebelum tu, petangnya papa dengan dibantu oleh cik lah dan pcik izami ke klinik gong limau untuk check takat kuning darwisy..wow! bacaan menunjukkan 330, compare to 160 semasa baru discaj dulu...kalau tengok list kat buku juru makmal tu, hanya bacaan kuning untuk darwisy jer dicatat dengan pen merah, severe la tu! kata doktor, bacaan sepatutnya pada hari ke-4 ialah 240 saja...keadaan darwisy ni sama jer ngan mea dulu...lepas keluar wad, masuk semula wad akibat jaundice ni...kira kakak borek, adik rintik la ni..dengan berat hati, ibu mea terpaksa la packing balik barang2 untuk ke asrama darwisy hu3
sebenarnya banyak dah petua diikuti before kelahiran darwisy ni untuk elak jaundice seperti makan kapsul susu kambing, minum air kelapa muda, after that jemur cahaya matahari, letak madu kat bibir, mandi dengan air teh herba pegaga dan yang belum sempat buat ialah mandi dengan air sohoon...ada yang ajar suruh picit tetek darwisy untuk buang susu yang kuar, masa mea dulu siap mandi dengan herba beli kat kedai sinseh lagi dan sebagainya...perubatannya, kuning ni mengikut darah mak dan ayah jugak! apa pun..semuanya ketentuan Allah...
papa darwisy plak tak leh dah temankan ibu, darwisy dan mea sebab kena ikuti kursus cpd akademik, kursus ni adalah ketinggalan jadual asal bulan 4 dulu yang papa ke Bandung..so, kena ganti..kalau tak, nanti kena ganti jugak tahun depan...huhuhu...maka terpaksa la kansel'kan 2 hari cuti off-record ke'father'an papa huhu...kesian la ke cik nah yang masih tinggal untuk berkhidmat to us, tenkiu cik nah! nanti ada reward noo..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment