lenanya tidur..hujung minggu baru ni papa balik ke kampung menjenguk dua anak papa dan sorang isteri hehe..terfikir juga untuk tidak balik, tapi kesunyian dan kerinduan pada anak bini telah memaksa papa pergi beli tiket bas untuk menjengah mereka walau seketika...lagi pun, nama darwisy belum didaftarkan secara rasmi..setelah ditimbang-timbang termasuk la cadangan daripada tokwan, maka nama darwisy terbentuk dalam tiga patah perkataan Darwisy Ahmad Jauhary..muktamad!
mea berebut nak perhatian papa...biasa la bila papa memangku darwisy..sementara reaksi mea masih sama apabila mula-mula papa balik iaitu macam tak kenal dan malu-malu kucing, kelakar jugak..apabila mea melihat papa dan berundur sambil senyum menutup mulut he3 (kata tokki)..tapi mea macam happy sebab nampak papa hehe (perasan), berjoget-joget..iya la kan, mungkin mea tertanya-tanya, ke manalah papaku menghilang yang sekejap ada dan pastu lama takde hu3...
tokwan kata mea sekarang dah pandai 'bawa kadar diri'..macam berdikari la, sudah tahu menyesuaikan diri dengan orang kat rumah ni..semalam bila papa cari mea, rupanya mea duduk kat cik lah tumpang makan nasi..kalau lapar, dengan siapa sahaja dia akan pergi berduet...bagus laa..jangan malu-malu nak makan, nanti kurang isi badan ahaks!
2 comments:
heheheeh....anak yang berdua...dan isteri yang baru seorang tu...ya...heheheheh.....
ishkkk....jangan nak mengada-ngada nak buka cawangan tau........ yang anak dua pun....mea dah mula berebut kaseh sayang dan perhatian..........
hehehe...saya bukan Norman Hakim, hehe
Post a Comment