bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Wednesday, November 26, 2008

HuJUNg MinGgU..


Sabtu baru ni papa ke kenduri kahwin anak pak Ya, penyelia desasiswa aman damai..nung jauh umahnya kat Bertam area Kepala Batas..kawasan perumahan baru..comel rumah yang dibeli oleh anak pak ya kat sini, berkenan papa nak beli atek...turut ikuti papa ke kenduri kahwin ini ialah pelajar kuat Terengganu kat usm ni iaitu Mat Yub [YDP Permata usm - baju kuning] dan Mat Bob [serba kuat waima permata ataupun aman-damai], sorang lagi mat pejang tukang ambik gambo..[orang kuat MPP], so..memang jenama studen hok kuat-kuta jer yang ikut papa dan jadi body-guard ke kenduri pak Ya ni hehe...selamat waser! hihi..


Malamnya papa balik Kemaman selepas menghabiskan marking semua paper yang dipertanggungjawabkan...legaa selesai tugas...dan heppi dapat balik jumpa ibu, mea dan darwisy..hilang kesunyian papa..sekarang mea suka bersolek, kalau terbuka jer almari tempat ibu simpan alat mekap..maka mea pun meminta-minta la untuk disolek..lepas celak, nak gincu, pastu nak blusher, wat foundation la..bla..bla...tak reti gok istilah dia ni huhu...guna perfume pun pandai, letak kat leher sambil buat bunyi "syyzzz...syyzzzz" [kononnya sedang sembur]


nampak lagi bekas gincu kat bibir..dan bekas celak..aritu papa buat celak, ermm..memang hitam legam hehe..nak sangat berjangok..ambik ko hehe..


adik darwisy sekarang semakin montel, kuat nau menyusu..lepas susu, susu..bila pangku memang terasa berat dan keras tulang-belulangnya [hihi..] cuma satu jer perkembangan tak best darwisy ni, darwisy dah mula menangis di tengah malam macam kak mea dulu...so mangsanya, ibu, tokwan dan tokki laaa..maka tak cukup tidur la semuanya..hingga tempias terkena juga kat cik nah yang tidur kat bilik sebelah, malam tu...cik nah sampai tukar ke bilik lain yang jauh sket sebab terganggu tidur..tak patut tul darwisy wat perangai lagu ni..papa rasa bersalah jer kat semua yang terkacau..papa fikir nak bawa semuanya balik ke penang secepat mungkin, tak mau la menyusahkan orang lain di kampung lagi dengan anak-anakku ini...hihihii...tapi paling cepat pun selepas raya ni laa...2 minggu lagi!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin