bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Friday, April 4, 2008

Kalau la Mea leh berbicara...

Kalau begini kan, tentu ini la lebih-kurang celoteh Mea kat blog dia ni..paling kurang Mea akan tulis "Hari ni mea nak senaraikan tentatif pergerakan mea sepanjang minggu depan bermula esok..

Kalau lapang, esok mea nak ajak papa teman ibu pergi ke kelas menjahit kat Pacific, Seberang Jaya. kalau boleh papa kena paksa ibu pergi sebab mea nak pi jalan-jalan ke sana pulak..lagi pun, dah lama mesin jahit tu duk sekkung tanpa ada orang yang aktif menggunakannya. mana tahu lepas ni ibu mea menjadi expert dan menyediakan khidmat jahitan tampal baju dan seluar studen aman-damai cukup la hehe...pastu nak ajak ibu dan papa tengok anak kawan papa kat Kuala Muda. Kakak baby ni sebaya dengan mea, just two weeks earlier..ermm cepat dia dapat 'adik', kalau boleh nanti mea pun nak 'adik' gak...

Hari Isnin, Mea nak gi KL..cari buku kartun dan kaler-kaler kat PWTC, alaaa..kan awal bulan ni ada pesta buku antarabangsa sedang berlangsung, ish...tak sabor nak suruh papa borong buku banyak-banyak! mujur la papa-mea dapat cuti seminggu..dapat la pi sana, banyak tempat nak pi sana nanti ni...isyh, bestnyer!

2 comments:

chekdenoor said...

Masa aisyah, naimah, sofiah kecik....memang bising rumah chekdee.... pelbagai hal...ada yang nangis, gaduh dan ada yang nak itu dan ini......penatnyer.....bila budak-budak tu bukak mata nyer...bermulalah semua nyer.....penat, pening....tapi....chekdee paling suka masa itu....sebab kami ada bersama-sama. Kenangan itulah yang terindah....chekdee jaga anak-anak sendiri.

Sekarang bila rumah dah sunyi....chekdee tetap rindukan saat riuh rendah tu.......

Tinta Pendeta said...

betul tu..saat bising yang best..for us, kalau mea tido jer rasa cam tak best..nak dia bangun dan bercakap walaupun dalam 'bahasa dia'...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin